perjalanan ini suatu hikmah, mengutip pengalaman, memahami rencah kehidupan, mengenal erti kasih dan cinta padaMU Tuhan...

Monday, January 29, 2007

Bahagianya di Serambi Makkah

AMK (Asrama al-malik khalid)..
Dewan Johor…
MKL (Masjid Kampung Laut)…..
Deretan kedai makan..mok him, kak we, mok….

Ingatan saya terimbau pada kenangan manis menghuni bumi tarbiyyah Nilam Puri..Tarbiyyah, thaqafah, mujahadah menjadi bekal diri yang sangat berguna dalam perjalanan panjang sebuah harakah. Ya Allah, thabatkan hati ini…

Pasar Mulong..
Shopping Kompleks Pantai Timur…
Pasar Siti Khadijah..
‘Pade Bah’ (Padang Bas)…

Tersenyum sendiri bila teringat pusat tumpuan membeli-belah ketika di menjadi ‘oghe kelate’…Menjalani kehidupan remaja dalam acuan tarbiyyah, walaupun terkadang ada jiwa yang memberontak lantaran tidak betah dengan peraturan yang dirasakan sebagai kekangan..walhal ‘peraturan’ itulah yang membentuk generasi acuan Islam.

Dewan Zul…
Disinilah rakyat kelantan yang cintakan ilmu mendengar kuliah jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz setiap Jumaat…Beruntungnya rakyat Kelantan yang menyedari dan menghargai betapa nikmatnya berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam.


Kunjungan saya ke negeri serambi makkah kali ini atas urusan Nisa’ Games benar-benar mengembalikan ke semua nostalgia zaman permukiman di nilam puri ke dalam kotak fikiran.

“ Usrah tazkirah, medan tarbiyyah
Ceramah halaqah wadah ilmiah
Bi’ah solehah membina syakhsiyah
Du’at sejati penjana ummah harmoni”

Bumi yang banyak membentuk diri saya pada hari ini, dan juga bumi yang menjadi saksi pertemuan saya dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang masih akrab sehingga kini. Mudah-mudahan akrab kami ini buat selamanya.

“Ukhuwwah fillah takkan goyah
Walau ombak dan badai mendesah
Tautan erat takkan patah
Dengan Ismullah kita berbai’ah”


Bahagia memenuhi setiap ruang rasa….”suko la kawe maghi kelate nih…” ucap saya berkali-kali ketika menikmati menu pertama ketika sampai di Kelantan pagi itu – nasi dagang dengan teh ‘beng’.

Walaupun pelbagai tanggapan negatif, tak kurang juga provokasi dan kecaman hebat yang ditujukan kepada rakyat kelantan dan juga kepimpinannya, saya tetap merasakan kelantan negeri yang sangat istimewa berbanding yang lain.

Benar, perasaan tenang yang sukar digambarkan tatkala menjejakkan kaki ke sini. Sukar untuk saya menjelaskan dari manakah punca tenang itu.

Makanannya yang ‘meme sedap belako’ kah?sopan santun rakyatnya kah?.Kemeriahan Kelantan sebagai ‘syurga’ membeli-belah kah?...mungkin, kerana inilah satu-satunya negeri di Malaysia yang ditadbir oleh ulama’..bukankah ulama’ itu pewaris nabi?

Aktiviti ‘outstation; kami – team Nisa’ selama dua hari di Kelantan padat dengan mesyuarat, perbincangan, brainstorming, lawatan ke lokasi permainan dan menjalankan promosi. Memang penat!! Tetapi, rasa penat terbayar dengan semangat dan support team Nisa’ untuk kami sama-sama menjayakan program sebesar ini. Alhamdulillah, kunjungan ke Kelantan kali ini banyak urusan kami dipermudahkan Allah. Dan, semoga Allah terus memandu gerakerja kami untuk menghasilkan yang terbaik.

Kenangan makan ‘nasi paku’ dan meround Pasar Besar Siti Khadijah semata-mata nak cari ‘kuih cakar ayam’ (memenuhi permintaan officemate yang mengidam) membuatkan saya geli hati.

Kelantan yang sejak lama dirindui kembali saya jejaki.

Memugar semangat juang yang kadang-kadang malap..
Mengajar diri untuk melihat dunia dengan pandangan iman..
dan..
Menyedarkan saya bahawa di depan saya terbentang 1001 mehnah dalam perjuangan..

“Sedarlah wahai mujahid dakwah
Langkah perjuangan bukannya mudah
Amanah Allah membentuk daulah
Tekadkan semangat mencapai kemenangan…”

Friday, January 26, 2007

"Ini tugas Rasulullah bagi..."

Minggu ini jadual saya agak padat. Komitmen kerja di office semakin hari semakin bertambah, begitu juga komitmen untuk mengajar kelas tajwid dan bacaan qur’an untuk staff. Bilangan ‘anak murid’ yang rata-ratanya lebih dewasa dari saya juga semakin bertambah.

Minggu ini juga, team nisa’ juga sedang all out untuk pecutan akhir sebelum berlangsungnya Nisa’ Games di Kelantan 2 minggu lagi. Kami terpaksa bermesyuarat dengan lebih kerap, kadang-kadang terpaksa mencuri-curi masa ‘self management’ di hujung minggu, dan selalunya kami terpaksa berlawan dengan kepenatan setelah seharian bekerja dengan mengadakan mesyuarat pada hari minggu.

Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan ketenangan kepada saya, hati tidak begitu tertekan dengan kesibukan dan kepenatan. Walaupun sesekali, ada juga rasa tewas dan sedikit konflik, bila baju masih belum berbasuh, baju juga tidak di iron siap untuk seminggu, study tajwid sebagai preparation untuk kelas esoknya dan macam-macam lagi tuntutan ‘self management’.

Saya memang tidak betah untuk membiarkan rumah dan juga keperluan diri dalam keadaan tidak terurus…mungkin terikut-ikut perangai mak yang sudah menjadi kebiasaannya sebelum keluar kemana-mana, rumah mesti dalam keadaan bersih dan semua kerja ‘kesurirumahtanggaan’ selesai. Mungkin ada sesetengah individu boleh ‘pejam mata’ melihatkan keadaan rumah yang tidak terurus, tapi tidak saya.

Bekerja dalam Nisa’ memberikan saya gambaran baru tentang perjuangan. Bekerja sesama team Nisa’ iaitu sesama muslimat membuatkan kami jadi diri sendiri. Tidak ada apa yang perlu dicover, atau pretend ataupun segan untuk menonjolkan kemampuan diri, seperti mana kebiasaan yang berlaku apabila bekerja dengan muslimin. (teringat ketika zaman kampus dulu, malam-malam yang tidak pernah sunyi dari meeting dan program).

Namun ini bukanlah bermakna Nisa’ adalah feminist. Cuma orientasi gerakerja dakwahnya lebih tertumpu kepada gender iaitu perempuan kerana mad’u (sasaran) nya adalah remaja-remaja perempuan, dan kami sebagai AJK pun terdiri daripada perempuan.

Orientasi bekerja sebegini menjadikan hubungan kami lebih akrab, daya pemikiran yang lebih kreatif, dan semangat perjuangan yang sentiasa di top-up antara satu sama lain.

Nisa' Games just around the corner. Ya Allah, kami tidak mampu melaksanakan program sebesar ini tanpa kekuatan dariMU..bukan mudah gerakerja ini. Menganjurkan sukan untuk golongan wanita yang julung-julung kalinya di adakan di Malaysia, dengan penerapan nilai-nilai Islam. Mujurlah pengalaman di kampus banyak membantu.

Dan, hujung minggu ini saya dan beberapa orang Nisa’ akan ‘out-station’ ke Kelantan untuk menyelaraskan beberapa perkara dengan jawatankuasa pelaksana di sana.

“Kerjaya’ dakwah ini memang tidak bergaji. Ada orang yang bekerja full time, dan ada juga part-time. Mengikut kondisi masing-masing. Namun, Allah tidak akan sesekali mengira part-time atau pun full-time nya kita, namun apa yang dikira adalah sejauhmana komitmen dan keikhlasan kita sepanjang melakukan gerak kerja Islam ini.

Walaupun tidak dinafikan, sesekali hati terasa berat, dan acapkali diri tertewas dengan cabaran penat. Namun, bila melihat komitmen sahabat-sahabat lain yang lebih hebat dugaannya pun masih mampu untuk terus komited, hati kembali bertenaga, dan semangat kembali membugar. Benarlah, muhasabah diperlukan sentiasa..

Sebagai contoh, saya cukup kagum dengan Ain, sahabat Nisa’ yang sebaya dengan saya. Namun status kami tidak sama, kerana dia telah pun berumahtangga dan sedang menunggu kelahiran anak sulungnya. Dalam keadaan sarat mengandung, masih lagi gagah untuk ke sana-sini bermesyuarat sampai lewat malam, buat gerak kerja Islam, tak sesekali terdengar dia mengeluh penat. Tarbiyyah menjadikan seseorang itu kuat, dan juga mungkin dorongan dari suaminya yang sangat memahami dan turut sama dalam perjuangan.

Dan…kata-kata Kak Mas selepas meeting kami tempohari masih terngiang-ngiang di telinga.... "ini tugas Rasulullah bagi..”. Motivasi yang cukup hebat untuk membakar semangat kami meneruskan gerak kerja dakwah ini.

Tanpa dorongan-dorongan seperti ini, sebagai manusia saya akui kita pun akan kalah..walaupun persekitaran akan sentiasa berubah, namun semangat untuk terus istiqamah janganlah goyah.

Sehingga saat ini, saya merasa begitu bersyukur atas nikmat dan anugerah Allah kepada saya, mak dan ayah yang sangat memahami, keluarga yang harmoni, kerjaya yang baik , rakan-rakan yang mesra dan juga persekitaran yang baik.

Dan doa yang makin kejap dalam hati, semoga Allah makbulkan dengan mengurniakan saya ‘teman’ yang soleh untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Thank you Allah, for always giving me a wing to fly….

Wednesday, January 24, 2007

Tuntutan..bukannya pilihan

“ Perjuangan itu satu perjalanan yang penuh dengan ujian yang akan menjelma”

Ustazah Ros Izanuri yang lebih mesra dengan panggilan kak teh memulakan usrah kami pada pagi itu.

Bilangan yang hadir kali ini tidak ramai, hampir menyamai jumlah biasa setiap kali usrah, tak sampai 20 orang. Muka-muka yang hadir juga adalah sama, sahabat-sahabat medic dan dental yang komited, walaupun kehidupan mereka yang masih di kampus dicengkam dengan bebanan akademik yang begitu berat. kagum saya dengan semangat mereka…

Juga antara yang lain-lainnya, warga AZ berlima – saya, wani, dijah, zue dan tipah. Najm, che’ da, kak ida, bonda, liana raja…

Semangat saya untuk menekuni dan menghayati usrah pagi ini memang luarbiasa. Mungkin kerana sudah lama kami tidak berusrah sebegini..perasaan rindu untuk bertemu sahabat-sahabat begitu mencengkam hati. Dan, bersemangat untuk mendengar pengisian dari ustazah @ kak teh yang juga merupakan salah seorang naqibah untuk usrah muslimat di office saya.

Tajuk usrah kami pada pagi ini ialah mengenai Futhur..

“ kenapa futhur ini bahaya adik-adik?” Wajah lembut ustazah kelihatan tegas bertanya soalan..

“ futhur ini akan menyebabkan perubahan dalam hidup kita”. Ustazah meneruskan kata-kata..

“ bila tempat tinggal kita sudah mula berjauhan dengan sahabat-sahabat seperjuangan, bilamana kita telah berubah dari alam kampus ke alam rumahtangga, dan juga bilamana kita mula bekerja dan memperolehi gaji yang banyak…..”

Saya makin menghayati…kata ustazah, itulah situasi permulaan yang biasanya akan menjadikan seseorang ahli jamaah islam merasa lemah dalam perjuangannya..ada yang meminta izin dengan alasan untuk ‘berehat’ seketika, ada yang mengelak dari terlibat dengan perjuangan dengan bermacam-macam alasan..dan ada yang berhenti terus dari perjuangan!!...

“Bila tinggalkan jamaah islam, amalan-amalan Islam kita akan semakin berkurangan..”

Hati saya semakin gerun mendengarkannya..kisah-kisah klasik mengenai gejala futhur pada zaman Rasulullah wajar kita renungkan..

Kaab bin Malik dipulaukan oleh Rasulullah dan para sahabat kerana terlambat untuk turut serta dalam perang tabuk, lantaran terkemilau dan leka memetik buah-buahan ranum di kebunnya….

Hatib bin Abi Bat’ah juga menerima nasib yang sama, kerana tersalah menulis sepucuk surat kepada saudaranya di Kota Mekah mengkhabarkan berita tentang pembukaan Kota Mekah. Niatnya hanya satu, kerana sayang dan cinta pada kaum keluarganya di sana….

Memikirkan jalan perjuangan di hadapan, terasa ada kebimbangan yang mencengkam.

“Mampukah aku istiqamah atas jalan ini Tuhan? Aku belum dicuba, aku belum diuji. Aku masih di peringkat membawa diri sendiri, belum di uji dengan komitmen pada rumahtangga, pada harta yang melimpah ruah, juga pada kesenangan yang membahagiakan..”

Hebat ketika zaman kampus bukanlah penentu istiqamahnya seseorang di jalan perjuangan ini. Selagi mana ada keimanan dan kefahaman yang mendalam, amalan yang berterusan, dan intima’ diri dalam tanzim yang tersusun, insyaAllah…kita mampu untuk terus bersama di jalan ini.

Sahabat, Ingatkan saya andai terlupa, kejutkan saya andai terlena, pimpinlah saya andai lemah tak berdaya, bantulah saya andai tiada lagi daya upaya, untuk terus iltizam dengan jalan ini. Kerana…

Perjuangan itu satu tuntutan..bukan pilihan…

Kita bukanlah abid yang hebat amalannya, gigih memburu redha Allah di sepertiga malam..kita juga bukan hartawan yang memiliki segunung emas dan intan untuk diinfaqkan pada perjuangan..namun kita punyai tenaga dan kudrat untuk disumbang pada gerak kerja Islam.

Mudah-mudahan ada bekal mengadap Tuhan dan amal yang tidak seberapa ini tinggi nilaiannya di sisi Tuhan..

InsyaAllah.

an_nuwairah

240107 – 5.43 pm

Tuesday, January 23, 2007

Tiada lagi cerita

Kata orang
Masa akan mengajar kita erti dewasa
Pengalaman adalah guru paling berharga
Masa dan pengalaman akan memberitahu kita pelbagai cerita
Cerita itu, samada manis atau pun pahit
semuanya akan tetap menjadi 'vitamin' bagi kita yang ingin mengambil pengajaran

Kata saya
Biarlah apa yang telah berlaku ini menjadikan saya semakin matang
Impian bahagia tak semudah itu untuk datang
Umpama mengejar rama-rama yang terbang
semakin hampir, semakin jauh ia menghilang

Namun saya tetap yakin dengan Tuhan
Bagi mereka yang bertawakkal ada jalan yang terbentang
Asalkan saya terus komited dengan amalan yang ahsan

Sendiri begini lebih baik
walaupun dalam hati ada rasa terkilan
tapi hati saya tenang

andai ada dalam perencanaan Tuhan
Jodoh itu pasti akan datang
cuma belum tahu dengan siapa gerangan
Mudah-mudahan hadir insan soleh
pemimpin urusan dunia dan akhirat
buat menemani jalan kehidupan

Ya Allah
teguhkan hatiku
Berikan aku segala kekuatan
Mengisi ruang hati yang kembali kosong dari kasih manusia
dengan cinta kepadaMU Tuhan

Kisah yang panjang tentang sebuah 'persahabatan'
Silih berganti impian dan harapan
telah berakhir
kini...
tiada lagi cerita...

Thursday, January 18, 2007

Berdua Lebih Baik?

Sepanjang minggu ini, kondisi kesihatan saya kurang memuaskan. Gara-gara bius injection ketika mendapatkan rawatan gigi Isnin lepas membuatkan saraf saya tidak stabil (ini kata doktor). Ahh..sudah lama Allah tak uji dengan rasa sakit begini.

Hari Isnin saya MC, bila merasakan badan sudah makin stabil, saya memaksa diri untuk kembali bekerja semula. Lagipun, saya bukanlah jenis orang yang boleh tinggalkan office lama-lama..risau dengan beban kerja yang makin menimbun. Terutama apabila memikirkan tugas pembukuan keputusan Badan Penasihat Syariah yang sedang mengejar deadline…

Selasa..Mula rasa pening kepala..saya ke klinik panel syarikat bagi mendapatkan rawatan. Bertambah lagi 3 jenis ubat…Rabu…badan semakin tak stabil. Saya pun pelik, acapkali saya terasa nak pitam…dan hari ini selera makan betul-betul terbantut. Perut lapar berkeroncong minta disuap, tapi tekak tiada upaya untuk menelan. Rasa sayu dan sedih bila terkenang ayat Allah yang mafhumnya..”Dialah Allah Maha Pemberi Rezeki”..Sungguh, tiada upaya dan kekuatan kita sekiranya Allah tidak mengizinkan makanan untuk masuk ke dalam mulut. Walaupun sudah terhidang di depan mata, dan kadang-kadang makanan di tangan pun boleh terlepas jatuh ke tanah kalau sudah bukan rezeki.

Gagahkan juga menyiapkan translation foreword CEO dan Chairman BPS ke English…Alhamdulillah..Petang rabu, sebelum tamat office hour, tugasan tersebut telah saya selesaikan.

Kemuncaknya, petang Rabu saya betul-betul lemah, dalam LRT yang bersesak-sesak dengan orang ramai dengan bau yang bermacam-macam, saya hampir pitam. Mencari-cari seat kosong untuk duduk, semuanya penuh. Akhirnya saya terduduk atas lantai LRT sambil menyandar. Beberapa mata memandang ke arah saya.

Malam itu selepas Maghrib, saya tidur bertemankan airmata. Rasa keseorangan kembali menebal bila ditimpa sakit begini. Jauh dari keluarga, hanya kawan-kawan serumah mengganti tempat mak dan ayah. Namun masih lagi rasa beruntung, kerana ada sahabat-sahabat akrab yang sudi masakkan bubur nasi, bawakan ke klinik, alhamdulillah…

Terngiang-ngiang lagu ‘Berdua Lebih Baik’ Saya tak pasti liriknya, mungkin lagu Indon.. yang sentiasa menjadi siulan housemate saya,ermm..memang berdua lebih baik (saya memahaminya dalam konteks orang sudah berumahtangga, bukan cinta muda-mudi zaman sekarang), tapi bila mana masih sendiri buat ketika ini, hati perlu kuat untuk berhadapan dengan cabaran hidup. Walaupun tidak dinafikan, berumahtangga melengkapkan hidup, menyempurnakan sebahagian agama, dan menyubur rasa cinta sesama manusia demi menggapai cinta Allah (bagi mereka yang faham falsafah perkahwinan dalam Islam).

Hakikatnya, soal jodoh ini masih terlalu rahsia. Saya tidak mahu membuang masa dengan bercinta yang tidak tahu kemana hala!

Friday, January 12, 2007

Bila Dua Hati Sudah Terjalin

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Berkatilah pasangan pengantin baru ini dan satukanlah mereka berdua dalam kebaikan
Mesrakanlah mereka berdua dengan penuh kasih sayang
Tunjukkanlah kepada keduanya jalan ketaqwaan dan jalan hidayah
Panjangkanlah umur kami dan umur keduanya dalam kehidupan yang penuh bahagia
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Jadikanlah mereka berdua pasangan suami isteri yang saling menjaga kehormatan antara satu sama lain
Kurniakanlah kepada mereka berdua zuriat yang soleh sehingga ke anak cucu
Kurniakanlah kepada mereka berdua segala nikmat dan rezekiMu
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Peliharalah mereka berdua daripada kejahatan makhlukMu
Jauhilah mereka daripada akhlak yang buruk
Penuhilah segala impian dan cita-cita mereka.
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Jadikanlah kesudahan kami dan kesudahan mereka berdua dengan segala kebaikan
Selamatkanlah kami daripada segala yang boleh merosakkan kami
Tunjukkanlah jalan-jalan kebaikan untuk kami

Tahniah!Selamat Pengantin Baru buat sahabat akrab, Hairin Herlina binti Abdul Halim dan suaminya Mohammad Khairul Nizam yang selamat diijabkabulkan pada 22 Disember 2006. Menitis juga airmata saya tatkala melihat hairin cantik berpakaian pengantin. Rasa sedih, bahagia, terharu berkumpul menjadikan saya tiba-tiba sebak. Mungkin inilah rasa bahagia seorang sahabat tatkala melihat sahabat kesayangan terlebih dahulu menuju ke arah kesempurnaan beragama.

Juga buat Kak Ina (bekas housemate di Anjung Zahra’) dan suaminya ustaz hafiszi yang memeterai janji bersaksi, izin berwali pada 17 Disember 2006. Pasangan ini merupakan ‘sifu’ saya dalam PMIUM dulu dalam bab penerbitan. Kedua-duanya pernah bekerja sebagai ‘partner’ dalam satu program, dan ketika itu saya sebagai AJK. Alhamdulillah, sudah jodoh, kedua-duanya ber’partner’ mengemudi bahtera rumahtangga.

Juga buat office mate saya di Takaful Malaysia, Nor dengan suaminya Fizan (kedua-duanya staff Takaful Malaysia, Cuma berlainan department). Hari-hari saya terpaksa menahan telinga mendengar cerita2 bahagia di melangkah ke alam perkahwinan. :D

Siiru ‘ala barakatiLlah

Sunday, December 17, 2006

Kembara


Berjalan dibumi yang tandus ini penuh duri
tanpa sedar dan penuh lalai
usia beredar penuh kejahilan
dan kemusnahan
mengembara mencari dunia hakiki
tiada jumpa arah yang sejati
tiada pembimbing penunjuk jalan yang suci
hidup terumbang ambing sendiri
Tuhanku tangan ini menadah sayu
keampunan diperjalanan jauh
semoga diterima disisiMu
Sebagai bekalan negeri abadi
merintih sayu
di perjalanan jauh
dalam kembara mencari diri
mengharap sinar terangi hati
yang sekian lama menutup jiwa..

Ya Allah, hambaMU ini ingin terus membaja syukur, agar iman dan taqwa makin akrab denganku..hati ini ingin terus tenang dan bahagia
Aamin